Friday, August 22, 2008

Tanda-tanda kematian

Baca lah..mati tak tahu bila..Adapun tanda tanda kematian mengikut ulama adalah benar dan wujud..


Tanda 100 hari sebelum mati.
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakiNya.Tanda ini lazim berlaku selepas waktu asar iaitu seluruh tubuh dari hujung rambut hingga hujung kaki akan bergetar seakan menggigil.

Tanda 40 hari sebelum mati.
Tanda ini juga berlaku selepas waktu asar.Bahagian pusat kita akan berdenyut denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan jatuh berguguran dari pokok yang diletakkan di atas arash Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaan ke atas kita , antaranya adalah ia akan mula mengikut kita sepanjang masa. Akan terjadi nya malaikat maut ini menunjuk kan wajah nya sekilas lalu dan jika ini terjadi,maka yang terpilih ini akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini cuma satu tetapi kekuasaan nya mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari sebelum mati.
Adapun Tanda ini hanya diberikan kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan dimana orang sakit yang sakit tidak makan tiba tiba berselera untuk makan.

Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu asar dimana kita akan merasakan satu denyutan dikawasan ubun-ubun dimana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu asar esok nya.

Tanda Akhir
Akan berlaku keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke bahagian pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini kita hendak lah mengucapkan kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat mautuntuk menjemput kita kembali menghadap Allah.

No comments: