Friday, August 22, 2008

UNTA MENJADI HAKIM


Pada zaman Nabi S.A.W. ada seorang Yahudi yang menuduh orang muslim mencuri untanya. Maka dia pun membawa empat orang saksi palsu dari golongan munafik. Setelah diadili, maka Nabi pun menjatuhkan hukuman bahawa unta itu milik orang Yahudi dan memotong tangan orang muslim itu. Orang Muslim itu kebingungan kerana dituduh mencuri.

Maka dia pun berdoa kepada Tuhan, "Tuhanku dan baginda adalah Rasul, Engkau Maha Mengetahui bahawa sesungguhnya aku tidak mencuri unta itu."

Seterusnya lelaki itu berkata kepada Nabi, "Wahai Rasulullah, sesungguhnya hukuman engkau itu benar akan tetapi mintalah keterangan daripada unta ini."

Kemudian Nabi pun bertanya kepada unta itu, "Hai unta , milik siapakah kau ini?"

Unta itu menjawab dengan fasih dan terang, "Wahai Rasulullah, aku adalah milik orang muslim ini dan sesungguhnya para saksi adalah pendusta."

Akhirnya Rasulullah S.A.W. pun berkata kepada orang muslim itu, "Wahai orang muslim, beritahu kepada aku apakah yang engkau lakukan sehingga Allah menjadikan unta ini boleh bercakap."

Jawab orang Muslim itu, "Wahai Rasulullah, aku tidak tidur waktu malam sehingga aku membaca selawat untukmu sepuluh kali."

Rasulullah berkata, "Engkau telah selamat daripada hukuman potong tangan di dunia ini dan selamat juga dari siksa akhirat nanti dengan sebab berkat engkau membaca selawat untukku."

Membaca selawat memang dianjurkan oleh Islam kerana pahalanya pun sangat tinggi di sisi Allah. Lagi pun, dia boleh melindungi dirinya dari segala macam bencana yang menimpanya di dunia mahu pun di akhirat nanti.

No comments: